Malam itu saya memandu pulang seperti biasa selepas kerja. Hujan turun lebat diselangi kilat sabung-menyabung. Terasa agak penat setelah selesai mengadakan 6 jam kelas. Dan apabila penat kita akan memandu di dalam keadaan separa automatik kerana ia hanyalah rutin yang sudah lama dilakukan. Sudah hampir 15 tahun saya menggunakan laluan ini. Sampai saya hafal kedudukan semua papan tanda iklan dan berapa banyak pintu tol yang ada di lebuhraya.
Setelah melepasi tol PLUS saya menerima panggilan dari seorang kenalan yang meminta saya datang ke rumahnya untuk mengambil barang yang dipesan. Niat dihati ingin saya tangguhkan sahaja memandangkan keadaan cuaca buruk yang semacam tidak mengizinkan langsung saya berada di mana-mana tempat lain kecuali di hadapan televisyen, sambil menonton siri kegemaran dan ditemani kucing-kucing montel kesayangan saya. Nak melihat jalan pun susah dek tempias hujan. Muka dah sampai melepasi steering wheel punya la nak bagi line clear sikit.
Tetapi apakan daya tugas dan tanggugngjawab memanggil. Jadi saya gagahkan juga. Cadangannya adalah seperti berikut: saya berjumpa rakan saya di sebuah kedai makan, ambil barang pesanan, bayar dan hantar dia pulang ke rumahnya.
Masalah timbul apabila saya tersilap mengambil simpang masuk untuk ke kawasan perumahan di mana kawan saya tinggal. Saya tiba di satu kawasan yang gelap dan berbelukar. Jalannya kecil sahaja. Lampu jalan agak malap. Saya berhentikan kereta. Saya keluarkan kedua-dua telefon bimbit yang saya ada untuk menelefon bertanya jalan ke tempat pertemuan. Si Nokia baterinya hampir mati. Si Sony Ericsson pula kehabisan kredit panggilan. Leceh betul!
Entah macamana di dalam kekalutan sesat di tempat yang tidak diketahui lokasinya, ditambah pula hujan lebat membuatkan saya tidak sedar yang saya terlupa untuk mengisi minyak. Dan kealpaan saya telah menambahkan lagi kepada senarai masalah yang begitu panjang yang sedang saya hadapi pada waktu itu, sepanjang ayat ini yang saya pun tidak tahu bilakah akan muncul titik noktahnya. Ah itupun dia (titik noktah tersebut). Kerana di saat itu jugalah saya gagal menghidupkan semula enjin kereta. Saya terkedu di dalam gelap malam sunyi. Hujan di luar masih turun mencurah-curah. Nak telefon ibubapa tak boleh. Saya terperangkap di dalam kotak keluli tidak bernyawa!
Mahu tidak mahu saya terpaksa keluar juga dari kereta untuk mencari pertolongan. Nasib baik ada payung free. Itulah gunanya membeli insuran dengan kawan sendiri. Dapat payung dan kalendar meja. Oi susahnya nak keluar kereta dan membuka payung di dalam angin kuat seperti malam itu. Sejuknya hingga menggigit tulang.
Saya menapak perlahan-lahan menyusuri jalan kecil yang gelap itu. Pelik juga. Macamana boleh ada kawasan sunyi seperti ini di tengah-tengah kotaraya?
Syukur alhamdulillah setelah berjalan beberapa meter ke hadapan (walapun dirasakan berbatu-batu jauhnya jika digandakan dengan faktor ketakutan yang semakin menebal di dalam hati saya yang semakin menikus ini) saya nampak kelibat sebuah van sekolah. Bergerak perlahan-lahan menuju ke arah saya. Fuh lega. Saya bergegas menghampiri van tersebut. Alamak. Ada satu benda yang tak kena ni. Van sedang bergerak. Lampu di dalamnya menyala. Tapi tiada pemandu!
Lantas saya teringat akan semua artikel-artikel yang saya pernah baca di dalam majalah Mastika yang bapa saya langgani setiap bulan. Saya mula membayangkan segala rupa makhluk misteri yang sering disensasikan di dalam cerita-cerita mistik itu. Jikalau saya terselamat dari bencana ini, saya perlu meyakinkan bapa saya untuk menukar selera membaca. Dari Mastika ke majalah Mangga!
Namun tiada apa yang boleh saya buat pada waktu itu kecuali berhadapan sahaja dengan segala kemungkinan yang bakal tiba. Saya berbisik di dalam hati: "Wahai makhluk halus, jikalau kau nak muncul di depan aku sekarang, kalau boleh kau hensem lah macam Hans Isaac. Kalau setakat macam Sarjan dalam Gerak Khas tu aku tak rela."
Van masih bergerak perlahan. Degup jantung semakin laju. Hujan kian lebat. Bunyi tiupan angin semakin kuat. Dan saya seakan-akan seperti terdengar bunyi suara kecil berkata-kata.
Saya cekalkan hati. Apa nak jadi, jadilah!
Tiba-tiba tersembul sebuah kepala botak dari belakang van. Sepasang mata yang merah terbuntang merenung saya.
"Kak, mintak tolong sikit boleh? Van saya rosak. Saya kena tolak sorang ni. Akak boleh tolong telefon tow truck tak? Saya bagi nombor. Kredit saya habis!"

Good take....should continue, interesting start!
ReplyDeleteGo, all d way...ya!
Yati.....kak ani link you....by d way...nice entry :)
ReplyDeleteIs this for real??? LOL! Hoi, when you saw your tangki minyak hampir empty, ada tak you terdengar suara saya yang nyaring di kepala mu?
ReplyDeletekmj: thank you. and thanks for visiting my blog :)
ReplyDeletekak mahani: hi kak. thanks :)
joanne: when i wrote the part where minyak habis, memang iya pun i was thinking of you :)