Friday, May 21, 2010

Lempeng

Pagi tadi dalam perjalanan ke ofis saya singgah sebentar di sebuah kedai makan yang ada menghidangkan lempeng sebagai menu sarapan pagi. Saya tengok ada lempeng kelapa. Wah! Ini sudah bagus. Saya lihat di dalam dulang kecil yang lain tersusun bertingkat lempeng pisang pula. Amboi! This is my lucky day. Kemudian saya tengok di dalam satu periuk kecil di sebelahnya ada ubi kayu rebus dengan kelapa parut bergula dan sambal ikan bilis. Wow! Ini sudah perfect combo.

Sambil saya asyik meletakkan lempeng dan ubi kayu rebus ke dalam bekas polisterin, terdengar satu suara yang agak berdentum di sebelah saya. Saya toleh ke kiri. Ada seorang budak kanyak berusia di dalam lingkungan 19-22 tahun sedang bercakap di telefon bimbitnya. Suaranya serak-serak basah. Dan sangat kuat. Lagaknya seperti dia mahu setiap orang yang berada di dalam radius 20 kaki darinya mendengar setiap butir perbualannya.

"Ha! Ha! Ya la! Gua dah sound dia dah. Kena modify laa...apa ada hal? Lu bagitau dia sekali lagi la. Kerek siut."

Kalau nak rock kena cakap lu/gua.

Tapi saya tak rock. Saya rock kapak yang semakin muslimah. Jadi saya tegur dia elok-elok.
"Assalamualaikum adik. Kenapa cakap kuat-kuat ni. Pekak telinga akak."

"Waalaikumsalam kak. Kawan saya ni ha. Tak makan saman. Orang suruh modify tu modify je la."

"Oh. Modify apa dik?" (sifat kaypochi ini memang saya tak dapat kikis sejak dari kecil lagi dan ia sering mendatangkan masalah kepada saya namun saya masih belum belajar dari kesilapan masa lampau)

"Tukar. Rim 17". Leather seat. Macam saya."

Hui. Dahsyat sungguh anak-anak muda zaman sekarang ni. Kemewahan hidup sungguh melimpah ruah. Belum keluar kolej lagi dah dapat kereta besar.

"Mesti mahal tu kan dik. Rim akak dari dulu sampai sekarang tak ada tukar apa-apa pun. Dah lebih 8 tahun dah tu."

"Dah la mahal. Susah nak cari pulak tu. OK la kak. Saya beransur."

Budak kanyak itu pergi ke satu meja di hujung kedai dan mengambil topi keledar merah yang terletak di atas kerusi di situ. Kemudian dia pakai topi keledarnya dan berjalan menuju ke arah motosikal Honda C70 yang baru dia modify kan rim 17" dan leather seat nya itu.

Tipah tertipu bang! Tipah tertipu!

Blogger Templates

Monday, May 17, 2010

Pensyarah pun cikgu juga

Saya mula mengajar di Malaysia France Institute pada tahun 1996. Percaya atau tidak, pada waktu itu, tidak ada satu pun kompleks membeli belah di Bandar Baru Bangi. Itulah penjelasan kepada pemilihan nama Bandar Baru Bangi. Ia baru diterokai sebenarnya.

Pada masa itu saya masih lagi boleh dikategorikan sebagai pensyarah muda trang-tang-tang. Berambut panjang paras belakang. Ukurlilit pinggang (dalam inci) pula masih bernombor "2" di depan. Suka berkebaya ketat. Masa saya mula-mula masuk MFI, ramai cikgu-cikgu lain yang berkata pada saya "Eh. Pandai anak cina ni pakai baju kebaya." Saya hairanlah kenapa orang selalu ingat saya dari keturunan cina. Walhal saya ni jawa totok berdahi jendul.

Pernah satu hari, sedang saya seronok menikmati hidangan makanan tengahari bersama rakan-rakan sekerja, saya terlupa yang saya ada kelas pada pukul 2 petang sehinggalah salah seorang dari kawan-kawan saya memberitahu. Apalagi bergegaslah saya ke tandas untuk mencuci tangan dan sudu. Setelah selesai mencuci sudu, saya terasa ingin membuang air kecil. Lantas timbul sedikit dilema. Takkan nak letak sudu tu atas sinki tandas. Geli ya amat. Tapi kalau hendak dipegang akan mengganggu upacara pulak.

So I did the most logical thing. I stuck the metal spoon between the V neckline of my kebaya. The bra acted as the agen pelekap. I did my thing quickly and in a jiffy I was out of the toilet, into the office to take all my things and out to my class to teach my air-conditioning students.

Sesampainya saya di kelas, saya dapat merasakan yang setiap pandangan yang dilemparkan ke arah saya itu seolah-olah mahu memberitahu saya sesuatu namun tiada ungkapan kata-kata yang dikeluarkan. Instead they looked at each other and whispered among themselves. When I asked them if there was anything wrong, almost everybody stared at their table.

Then one of them plucked the courage to ask me, "Madame, bila madame berdiri sebelah air-cond kan, dada madame ada rasa macam sejuk-sejuk metal tak?"

Ada dua pengajaran yang ingin saya kongsikan bersama di sini.
1) Janganlah lupa membelek diri anda di hadapan cermin sebelum ke kelas untuk memastikan semuanya di dalam keadaan yang sepatutnya.
2) Gunalah sudu plastik supaya anda tidak akan merasa "sejuk-sejuk metal" itu.

Selamat Hari Guru!

Blogger Templates