Friday, May 21, 2010

Lempeng

Pagi tadi dalam perjalanan ke ofis saya singgah sebentar di sebuah kedai makan yang ada menghidangkan lempeng sebagai menu sarapan pagi. Saya tengok ada lempeng kelapa. Wah! Ini sudah bagus. Saya lihat di dalam dulang kecil yang lain tersusun bertingkat lempeng pisang pula. Amboi! This is my lucky day. Kemudian saya tengok di dalam satu periuk kecil di sebelahnya ada ubi kayu rebus dengan kelapa parut bergula dan sambal ikan bilis. Wow! Ini sudah perfect combo.

Sambil saya asyik meletakkan lempeng dan ubi kayu rebus ke dalam bekas polisterin, terdengar satu suara yang agak berdentum di sebelah saya. Saya toleh ke kiri. Ada seorang budak kanyak berusia di dalam lingkungan 19-22 tahun sedang bercakap di telefon bimbitnya. Suaranya serak-serak basah. Dan sangat kuat. Lagaknya seperti dia mahu setiap orang yang berada di dalam radius 20 kaki darinya mendengar setiap butir perbualannya.

"Ha! Ha! Ya la! Gua dah sound dia dah. Kena modify laa...apa ada hal? Lu bagitau dia sekali lagi la. Kerek siut."

Kalau nak rock kena cakap lu/gua.

Tapi saya tak rock. Saya rock kapak yang semakin muslimah. Jadi saya tegur dia elok-elok.
"Assalamualaikum adik. Kenapa cakap kuat-kuat ni. Pekak telinga akak."

"Waalaikumsalam kak. Kawan saya ni ha. Tak makan saman. Orang suruh modify tu modify je la."

"Oh. Modify apa dik?" (sifat kaypochi ini memang saya tak dapat kikis sejak dari kecil lagi dan ia sering mendatangkan masalah kepada saya namun saya masih belum belajar dari kesilapan masa lampau)

"Tukar. Rim 17". Leather seat. Macam saya."

Hui. Dahsyat sungguh anak-anak muda zaman sekarang ni. Kemewahan hidup sungguh melimpah ruah. Belum keluar kolej lagi dah dapat kereta besar.

"Mesti mahal tu kan dik. Rim akak dari dulu sampai sekarang tak ada tukar apa-apa pun. Dah lebih 8 tahun dah tu."

"Dah la mahal. Susah nak cari pulak tu. OK la kak. Saya beransur."

Budak kanyak itu pergi ke satu meja di hujung kedai dan mengambil topi keledar merah yang terletak di atas kerusi di situ. Kemudian dia pakai topi keledarnya dan berjalan menuju ke arah motosikal Honda C70 yang baru dia modify kan rim 17" dan leather seat nya itu.

Tipah tertipu bang! Tipah tertipu!

Blogger Templates

5 comments:

  1. wahaahhahaaa....madam..kelakar la...ingat kan kete betul tadi...hihihii

    ReplyDelete
  2. Yati, I must tabik spring kat hanglah. You are the only person I know who dares to ask a complete stranger the details of their phone conversation! Memang 'kou tow' gila-gila punya, sifu-ku! I shall officially appoint you as my spokesperson!

    ReplyDelete
  3. irfan: saya pun mula-mula ingat keta betul. rupanya keta tak betul :)

    ctchinon: heheh. asalnya citer lempeng. pastu melarat

    abg dudae: heheh. anak jawa.

    jo: eh kita kan dah selalu tag team kpochie :)

    ReplyDelete