Friday, November 21, 2014

Zodiac

This morning in class we were discussing about birthdays. And how to wish happy birthday in French. Then we did a little revision on days and months in French.

Then one student started asking about the Zodiac.

-Madame...madame lahir bila ek?
-Je suis née le 5 mai.
-Ohh bulan Mei. That's Taurus kan Madame?
-Oui.

Another student mencelah.
-Madame how to say Taurus in French?
-Taureau.
-Orait ah. Toro toro toro.

Then I asked him what his zodiac sign was.
-Heheheh...no need tell la madame...shy la...
-It's ok. Just say it. And I will translate it into French for you.

-Errr...Saya virgin madame.
-Oh.
-Yes madame.
-Ok...

Then a few other students gave me the affirmation I needed.

-Kami pun virgin jugak.

Oh. Such naivety in thought and behaviour. I have a class full of angels.

NOT.

They actually wanted to tell me that their zodiac sign was Virgo.

I bet they thought Libra was a double push-up brand.

Wednesday, November 19, 2014

Lamunan terhenti

Pagi tadi saya keluar dari rumah lambat sikit. Sebab pagi tadi saya tiada kelas pukul 8. Jadi saya keluar pukul lapan. Taklah kesesakan lalulintas sangat di simpang empat menghala ke plaza tol di pekan kecilku.

Sambil saya menapak ke kereta saya yang terletak di tempat letak kereta di luar perkarangan blok apartmen saya bermacam-macam perkara bermain di fikiran: nak beli kuih pac-man, nak buat soalan kuiz no 2, nak isi minyak, nak kena beli biskut kucing, nak minum kopi latte, nak kahwin dengan lelaki kaya yang ada villa di Monaco bla bla bla bla bla bla sampai saya tak perasan yang saya telah dihon sebuah kereta yang juga sedang bergerak keluar dari parking lotnya.

-Baik-baik jalan tu. Tengok kiri-kanan.
-Oh sori pakcik. Saya dok mengelamun.

Saya rasa macam tak pernah tengok pun pakcik tu sebelum ni. Mungkin dia datang melawat anaknya yang tinggal di blok apartmen H. Saya rasa macam nak tanya pakcik tu tapi saya bantutkan sahaja niat tersebut. Kalau petang ni pakcik tu ada lagi saya akan minta mak saya buat sedikit kerja penyiasatan. Mak saya memang terrer bab tu. 

Saya pun terus berlalu pergi. But not before hearing him say this:
-You must be the tallest girl in Malaysia.

Wah! Pokcik pandai speaking London!
Saya hanya mampu tersenyum. Nak jawab apa pun saya tak tau. Tapi saya jawab jugalah.

-I don't know. Sometimes there are men who wear girly clothes and 6 inch heels just to topple me from my tallest girl in Malaysia throne. I really hate it when that happens.

Acah Mak Enon. Of course I didn't say that. I just smiled and said maybe? Who knows?

Sesampainya di opis saya terus nak Google nombor telefon ibupejabat Guinness Book of Malaysian Record untuk memberi nama saya sebagai penyertaan untuk kategori wanita tertinggi di Malaysia. Tapi desktop masuk virus pulak. Hang memanjang.

Jadi saya pun makanlah kuih pac-man saya. Tadi beli on the way. Kalau dalam sms tulis ''otw''.

Kot la kalau you all tak tau. ell owh ell owh emm gee.

Tuesday, November 18, 2014

Deja vu

-Madame, nak tanya sikit boleh tak.
-Boleh.
-Banyak tak negara lain selain dari Perancis yang cakap bahasa Perancis?
-Yes, of course. You have for example countries like la Belgique, la Suisse, Monaco...
-Ohhhh...
-And there are also some other African countries as well.
-Like what country Madame?
-Le Maroc, l'Algerie, la Tunisie...
-Morocco kat Afrika ke Madame?
-Ye.
-Bukan kat Russia?
-Tak. Itu Moscow.
-Hmmm.

10 seconds of silence to digest info.

-Madame, nak tanya lagi boleh?
-Boleh.
-Kalau orang Maroc panggil apa dalam Bahasa Perancis?
-Un Marocain atau une Marocaine.
-Bukan Russe ke Madame? Saya tengok dalam buku tulis Russe.
-Tak, itu untuk penduduk Russia.
-Maroc bukan kat Russia ke Madame.
-Tak. Itu Moscow.

It only takes 10 seconds for the cycle to recommence.