Sebentar tadi saya lihat kucing saya berbaring di bucu katil. Dia sedang mandi pagi. Penuh semangat dia menjilat bulunya. Kemudian dia cuba untuk menjilat bahagian belakang badannya. Tetapi disebabkan perutnya yang buncit, dia mengalami sedikit kesukaran. Lantas dia terpaksa berusaha bersungguh-sungguh memusingkan kepala dan sebahagian badannya ke belakang. Dan selepas mencuba beberapa kali, dia jatuh tergolek ke lantai. Bunyinya macam buah nangka yang tidak berapa masak, tapi entah kenapa boleh gugur dari pokok. Kerja tupai agaknya.
Saya perhati dia. Dia renung saya. Matanya tidak berkelip. Kucing saya mendengus. Kalau dalam filem yang mengisahkan kehidupan geng Afrika Amerika di kawasan perumahan kelas rendah, di dalam babak ini kucing saya adalah seorang wanita muda yang merasakan dirinya tercabar dengan seorang yang lain dan berkata "Watcha looking at, bitch?"
Kononnya cover line la tu.
Cis. Aku bagi makan kau. Kau boleh marah aku ya.
Saya terus pergi kepadanya dan tepuk pehanya yang montel itu beberapa kali. Best wo.
Lagi dia marah.