Friday, February 5, 2010

Tak faham

Semalam saya makan tengahari di kafe tempat saya bekerja. Saya pergi awal, lebih kurang pada pukul 11.30 pagi, kerana lauk pada waktu itu masih panas. Baru dikeluarkan dari dapur. Ramainya orang di kafe. Kebanyakannya para pelajar yang sedang berehat seketika untuk mengisi perut sementara menanti kelas seterusnya.

Kiri kanan depan belakang mereka semua membeli, membungkus atau menikmati makanan yang disediakan.

Semasa saya sedang beratur untuk membayar, pelajar lelaki yang berada di hadapan saya berkata kepada kawan perempuannya, "Eh, tengok tu, dia orang masak jari awak la." Sambil berkata begitu dia menunjuk ke arah lauk sayur kacang bendi goreng sambal yang dihidangkan. Si gadis hanya senyum dan berkata "Apalah kau ni." Pelajar lelaki itu menjawab, "Hah. Ya lah. Itu kan lady's fingers. Jari awaklah."

Saya yang beratur di belakang mereka tidak dapat lari dari mendengar perbualan tersebut. Saya berkata di dalam hati, "Hmmm ini satu lawak yang agak geek."

Dan saya tertawa kecil.

Rupa-rupanya pelajar lelaki yang beratur di belakang saya juga telah mendengar apa yang diperkatakan mereka. Dia pula terus bertanya kepada rakannya:

"Nate ghapo lady's fingers tu?"

Dan saya terus tergelak besar.

Kiri kanan depan belakang mereka semua memandang ke arah saya kehairanan.

Blogger Templates

4 comments:

  1. hahahha lawak2, kalo i pun da guling2 kat situ

    ReplyDelete
  2. danishahumaira: lin yang beratur depan saya budak nerd, yang beratur belakang saya mat rempit :D

    Farouq: sometimes the students entertain me :)

    ReplyDelete
  3. dear nur,

    terima kasih sbb sudi singgah di blog saya. salam kenal2 dan happy wikens.

    ReplyDelete