Monday, February 1, 2010

Misi untuk hari ini

Pagi ini saya telah dikejutkan dengan sebuah sms yang berbunyi seperti berikut:

"Bonjour baby. Jangan lupa date kita malam ni k. Muah muah."

Pada mulanya saya merasa gembira dan teruja. Terus saya merancang apa baju yang mahu dipakai untuk pertemuan malam ini bersama si dia. Tapi bila saya fikir-fikir semula (selepas 5 minit terjaga dari tidur barulah otak saya dapat berfungsi dengan sempurna) saya teringat yang sesungguhnya saya sebenarnya tiada pakwe buat masa ini.

Selang beberapa minit kemudian satu lagi sms dihantar kepada saya.

"hihihi sori mdm salah org :)"

Jawapan saya:

"OK. Baguslah ada jugak awak guna perkataan bonjour tu."

(poyo bukan?)

Jadi misi saya untuk hari ini adalah untuk mencari siapakah anak murid saya yang makwenya bernama Yati.

Blogger Templates

3 comments:

  1. huahahaha..!! baguih la..dia mengaplikasikn apa yg dia belajaq dlm class..!!

    ReplyDelete
  2. matahati: memang kantoi! :)

    kamil: lepas ni nak ajaq kata bonne nuit pulak :)

    ReplyDelete