Wednesday, January 20, 2010

Dia belum tau siapa aku!

Kau ni Mek Jo, kalau nak setaraf dengan Diva Ana tu kena la bergaya sikit, kata Rina gadis syampu di salun rambut kepunyaan Cikgu Yati. Tuala-tuala kecil yang dibawa naik sebunjut dari kedai dobi bawah itu sebentar tadi dikeluarkan satu-persatu. Ish ish ish kena lipat balik semuanya. Inilah susahnya ambil pekerja asing. Buat kerja sambil lewa, dengus Rina di dalam hati.

Eh? Apa kurangnya aku ni Rina? Mek Jo membelek diri di cermin. Terus dikeluarkan bedak kompak dari dalam beg tangan jenama LV tiruannya dan di sapukan rata ke mukanya yang pucat lesi. Tacap kata orang putih.

Ya memang kau OK. Untuk nak ngurat Wak Yono tukang kebun rumah penghulu tu boleh la.

Hei tolong sikit ya. Aku ni Rina, walaupun dah nak masuk 40 tahun, masih boleh pakai lagi tau. Aku ni ibarat kata orang macam kereta Jepun lah. Resale value tinggi! Kalau setakat dengan si Ana tu alahai apa sangat lah. Sekali aku jentikkan aje.

Disemburkannya sedikit lagi spray rambut ke sanggulnya yang telah di dandan rapi oleh Rina gadis syampu kesayangannya. Tiada orang lain yang dapat membelai rambutnya sebaik Rina. Kadang-kadang sampai rasa nak tidur pun ada.

OK lah, aku nak balik dulu. Nak siap-siap pakai baju. Nak mekap lagi. Kau dengar sini Rina. Dia belum tau siapa aku. Malam ni bila Datuk Shahril tengok aku pakai kebaya ketat, dengan sanggul tinggi, gincu warna merah hati, aku gerenti dia tak akan pandang orang lain. Kau tengoklah nanti. Siapa si Diva Ana tu nak lawan dengan aku? Cakap Inggeris pun masih I is I is lagi ada hati nak berlagak. Hmmph!

Suka hati kau lah Mek Jo. Hah itu pun adik kau dah sampai. Hai, naik moto pulak hari ni? Kereta masuk bengkel ke?

Assalamualaikum Kak Rina. Dah siap bersalun ke kakak saya tu? sapa Azmin lembut di muka pintu kedai.

Eh Min! Yang kau bawak moto ni apahal?
Ha, kenapa?
Aku ni dah set rambut buat sanggul tinggi!
Habis tu? Apa masalahnya Kak Ngah?

Mana muatnya helmet ni ha!

Blogger Templates

3 comments:

  1. LOL! You ni kan. Nasib baik I didn't read it out loud at the spa!

    ReplyDelete
  2. hehheeh..pandai u buat cerita ni. :)

    ReplyDelete
  3. Jo: Heheh. Kalau tak sure drama kan? :)

    Lelaki Autumn: Heheh. Thank you. Saja je nak hiburkan hati :)

    ReplyDelete