Satu kebaikan bersekolah di sekolah asrama adalah rutin harian yang telah ditetapkan pihak sekolah. Ini sedikit sebanyak melatih para pelajar merancang waktu pembelajaran mereka, disamping mengimbangkan aktiviti akademik dengan aktiviti sukan dan ko-kurikulum.
Pernah sekali semasa menghadiri kelas prep malam saya ke kelas sebelah untuk berbincang mengenai kerja rumah matematik. Kebetulan pula pelajar-pelajar kelas tersebut sedang mengadakan perbincangan kelas untuk menentukan siapa yang akan berlakon di dalam pementasan taridra mereka. Jadi mahu tidak mahu saya pun terpaksa mengikuti debat hangat itu.
Keadaan di dalam kelas hingar-bingar. Macam-macam yang diperkatakan. Perbualan tertumpu bukan hanya pada soal barisan pelakon, skrip, gosip terkini, tetapi juga pada menu minum malam dan abang-abang senior yang kami sedang skodeng. Apa sangatlah yang ada di Kg Kongo pada waktu itu. Perkara kecil seperti abang ragbi buat touchdown tanpa merosakkan remos pun boleh menjadi satu hal yang mengujakan.
Sedang kami seronok berbincang/berborak/bergosip/bergelak ketawa/tidur, tiba-tiba kedengaran bunyi pembaris kayu mengetuk pintu kelas dengan kuat.
Alamak. Cikgu warden da.
"Kenapa kamu bising sangat ni? Kamu tak tahu ini waktu prep malam? Siapa ketua kelas!?!"
"S-s-saya cikgu."
Oh. Lupa saya hendak beritahu. Ketua kelas itu seorang yang baik, berbudi bahasa , aktif di dalam sukan bolakeranjang dan sungguh pintar orangnya. Tetapi gagap.
"Apa yang kamu buat ni? Kamu punya bising saya boleh dengar dari hujung koridor!"
"K-k-ami ss-ss-sedang berbincang cikgu."
"Bincang apa!"
"T-t-talibra!"
Malam itu kami semua terpaksa berdiri di atas kerusi sebagai denda kerana membuat bising dan ketua darjah tersasul kata. Warden ingat dia main-main. Padahal dia gagap.
Leceh betul. Saya yang dari kelas lain pun terpaksa melakukan denda. Dahlah saya perempuan paling tinggi di sekolah. Semua orang nampak!
T-t-tapi cikgu...s-s-saya tingi! N-n-nanti ke-ke-kepala saya terkena ki-ki-kipas!

haha...still ada denda berdiri dalam kelas walaupun dah besar. masa saya sekolah dulu, kawan-kawan suka buka tudung dalam kelas. Bila warden lalu, tak sempat capai tudung nak pakai. Warden suruh pakai tudung surat khabar. Ambil surat khabar,lipat cantik-cantik macam bentuk tudung. Pakai brooch. Hahaha...
ReplyDeletehahahaha. warden awak memang sadis orangnya.
ReplyDeleteyati, siapa ketua kelas tu, may i know.
ReplyDelete