Friday, April 16, 2010

Sains Rumah Tangga atau lebih dikenali sebagai SRT

Dulu semasa bersekolah di Kg Kongo saya belajar Sains Rumah Tangga. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 kami pelajar perempuan terpaksa (saya kata terpaksa sebab saya tidak suka) mempelajari jahitan dan masakan.

Masa kelas jahitan kami akan duduk beramai-ramai di keliling sebuah meja kayu yang sangat humongous dan akan sama-sama cuba menyiapkan projek jahitan untuk tahun itu. Masa form 1 kami kena buat apron dan kep untuk kelas masakan. Masa form 2 pula buat house coat kalau tak silap saya. Masa form 3 kami telah menyiapkan skirt A-Line untuk SRP. Waktu jahitan adalah waktu trauma bagi saya. I hated sewing on the machine. I hated doing all the sembat susup. I hated sewing zips and buttons on to the skirt or blouse that we were doing. Ada satu mesin jahitan tu saya namakan mesin ngok ngek sebab bila kita tekan pedal untuk gerakkan jarum mesin tu akan kedengaran bunyi ngok ngek ngok ngek ngok ngek. I would curse at the machine and call it names but somehow whenever I did that the teacher would always be nearby and heard what I said and admonish me for my use of bad language.

"Kita ni Nurhayati orang perempuan. Kena pandai hal-hal rumahtangga."

Most of the time during jahitan my mind would wander and I'd always wish I was somewhere else doing something better. Seperti berada di kantin sekolah untuk menikmati hidangan nasi putih dan daging kicap abang Sam.

"Nurhayati! Senget jahitan tu! Berangan lagi. Kalau tak pandai kerja rumah ni nanti susah kamu nak cari laki!"

Puan Salmah, zaman sekarang ni kalau susah nak cari pasangan hidup bukan disebabkan kurang home management skills, tetapi disebabkan ramai abang-abang lebih suka mencari cewek di tanah seberang. Dan saya pula tidak termasuk di dalam statistik gadis-gadis Malaysia yang berpotensi untuk dibawa lari ke Pulau Lombok untuk dikahwini kerana saya sudah melepasi julat umur 14-18 tahun itu a looooooooong long time ago.

Blogger Templates

4 comments:

  1. oohhhh Puan salmah.... rindu nak dgr bebelan dia sis... hehehheehhe

    ReplyDelete
  2. sis raden: ...and she can really bebel heheh

    ReplyDelete
  3. You brought back nightmarish memories of my yesteryear with this post! Until today, I have no idea who to thread a sewing machine!

    To those students out there who still have to learn SRT, don't bother. Focus on other subjects, get good grades, get a degree, get a good job & get someone to sew & cook for you!

    ReplyDelete
  4. Jo! Kalau Puan Salmah baca nasihat ko ni akan dia sembat susup mulut ko! :D

    ReplyDelete