Pagi tadi saya singgah sebentar di stesen minyak untuk mengisi tangki yang hampir kosong (saya memang suka buat blog entry berkenaan kejadian-kejadian yang berlaku di stesen minyak). Semasa sedang berjalan semula ke kereta selepas membayar di kaunter saya ternampak sebuah kereta Nissan X-Trail hitam di belakang kereta saya. Hmmm. Aku rasa aku kenal kereta ini. Saya berjalan dekat sedikit. Saya nampak ada seorang lelaki sedang berusaha membuka penutup tangki minyak. Waaa memang sah lah saya kenal abang ni. Tapi saya tak berapa nampak dia sebab dia agak terselindung sedikit. Dia lagi lah tak perasan saya langsung kerana sibuk mengisi minyak sehingga tidak pandang kiri kanan. Orang Jawa kata "engrossed".
Saya rasa macam nak buat stunt sedikit. Ni seronok ni kalau buat kejutan di pagi hari. Saya pun berjalan perlahan-lahan menuju ke bahagian belakang keretanya dan bila saya berada betul-betul di belakangnya saya menyergahnya sambil berkata "Hahh apa buat kat sini abang Jerong! Pagi-pagi dah keluar?"
Abang tersebut punyalah terkejut. Dia pusing dan memandang saya atas bawah atas bawah seraya berkata: "WHO YOU CALLING JERONG-JERONG?"
Eh. Alamak. Rendah-rendah tu dah lebih kurang. Kepala botak pun dah macam sama. Pulak tu pakai spek atas kepala. Eh muka Jawa pun dah ada iras lah. Tapi abang ni bila marah cakap omputih (kalau nak tahu sesetengah orang Melayu cakap omputih "when it's serious").
Lantas dengan rasa yang sungguh segan silu saya meminta maaf dan beredar secara perlahan-lahan ke kereta saya.
Silap orang rupanya. Ooops. Sorry.

oops.....hehehe.... :)
ReplyDeletehahahaha... tu lah... sergah ngan confident nye..!!!
ReplyDeletehahaha.. yg ptg tahap konfiden tu tinggi.. :D
ReplyDeletekak ani: heheheh. itu standard la bagi saya. tak abis2 tersilap orang :)
ReplyDeletebro red: aiyo how la :D
attiesya: ya! yang penting konfiden walaupun di dalam kesamaran :)