Wednesday, August 11, 2010

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia

Semasa saya bersekolah asrama di Kg Kongo nun jauh di benua Afrika sana, kedatangan bulan Ramadhan amat dinantikan dengan penuh rasa gembira. Disamping dapat menunaikan solat terawikh bersama rakan-rakan yang lain dan menghadiri ceramah dan tadarus, bulan puasa juga merupakan bulan di mana kami boleh tidur lebih panjang pada waktu tengahari sebelum prep petang dan semasa main petang. Kalau siapa yang larat tu boleh lah bersukan. Tapi saya tidaklah seperti mereka. Saya lebih cenderung kepada prinsip "Conservation of Energy". Tidur, baring, atau melakukan aktiviti yang tidak memerlukan banyak pergerakan. Apa lagi hendak dibuat? Nak skodeng abang ragbi pun dah tak boleh. Kena jaga mata wo. Tak boleh pandang yang bukan-bukan masa bulan puasa ni.

Akan tetapi yang paling penting sekali semasa bulan Ramadhan adalah menu di Dewan Makan yang lebih istimewa sedikit dari hari-hari biasa. Ada sedikit kelainan. Bukan sekadar makan nasi putih dan lauk dan minum air suam sahaja. Ada kuih. Ada air minuman yang berwarna dan berperisa. Kadang-kadang ada aiskrim.

Pada suatu petang kami semua seperti biasa duduk di meja di Dewan Makan sementara menunggu azan maghrib untuk berbuka. Lauk di atas tray besi kelihatan sungguh menyelerakan. Air pula berwarna pink.

Apabila azan berkumandang kami pun tanpa pandang kiri kanan menogok air dari cawan plastik biru. Hmmm. Lain pulak rasanya air hari ini. Minggu lepas pun ada dihidangkan air pink ini. Tapi rasanya sedap. Kenapa hari ini ada rasa Dettol?

Bila saya amati betul-betul saya lihat ada satu ketulan berwarna coklat di dasar cawan. Saya kuis-kuis dengan jari. Rupa-rupanya makcik Dewan Makan telah tertinggal plaster terpakainya di dalam cawan saya. Padan lah rasa berubat.

Sejak dari hari itu saya cukup fobia dengan air pink yang bersirap dan bersusu lemak manis.

Blogger Templates

5 comments:

  1. euwww.. selamat berpuasa yati.. :-)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. oh... shoot...

    nak 'puke', nanti kira batal...

    *whilst-cupping-his-hands-to-his-mouth*


    "Nak skodeng abang ragbi pun dah tak boleh..." eh?! *winks*

    ReplyDelete
  4. attiesya: Salam Ramadhan to you too beb. Jom g berbuka sama nak? :)

    Kak Ani: Selamat Berpuasa to you too kak! :)

    bro red: heheheh...sekarang ni nak skodeng banyak benda pun dah tak boleh dah :)

    ReplyDelete