Semasa saya belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kg Kongo, saya terpaksa belajar Sains Rumah Tangga selama 3 tahun. Dari Tingkatan 1 sehinggalah ke Tingkatan 3. Tapi sampai sekarang saya masih lagi belum berkahwin dan tidaklah pun menjadi surirumah. Saya tertipu. Tidak menjanjikan apa-apa rupanya.
Semasa mula-mula belajar Masakan, kami mula dengan mencuba resipi-resipi yang mudah. Cikgu saya cakap, resipi ni punyalah senang, sampai orang buta yang kudung sebelah tangan pun boleh buat. Kami diletakkan berpasangan. Rakan tag team saya seorang budak Jawa yang menurutnya, ''Masak ni kacang je.'' Dari situ saya sudah dapat membayangkan yang Job Description saya kemungkinan besar akan hanya tertumpu kepada aktiviti mencuci pinggan-mangkuk dan mengelap work station.
Resipi pertama adalah membuat jeli. Cikgu Norain menerangkan apa yang patut dilakukan. So far so good. Sebab tag team saya buat dan saya tengok sahaja. Cikgu suruh kami tuang larutan agar-agar ke dalam acuan. Kami pun buat. Kemudian tag team partner saya keluar sebentar untuk ke tandas. Saya gugup. Cikgu di hadapan menyuruh kami menuang air paip pula untuk menyejukkan jeli di dalam acuan supaya cepat sejuk. Saya pelik. Eh? Kalau tuang air sejuk bukan lagi cair ke? Macamana nak beku camtu? Tapi saya buat saja lah apa yang disuruh. Hilang akal ke apa nak bantah cakap cikgu? Nanti tak pasal-pasal kena DC. Penat oi kalau nak kena cuci tandas guna berus gigi. Penyiksaan ya amat.
5 minit kemudian.
Kawan saya kembali masuk kelas. Dia terus mengambil acuan jeli tersebut dan memasukkannya ke dalam peti sejuk. Saya mula mencuci peralatan.
1 jam kemudian.
Acuan jeli dikeluarkan. Masih belum beku. Orang lain punya semua ok dan pejal-pejal belaka. Kawan saya memanggil cikgu. Penyiasatan dilakukan.
''Nurhayati, apa kamu buat dengan air paip tu tadi?''
''Saya masukkan air paip tu dalam jeli la macam cikgu suruh buat. Nak bagi cepat sejuk.''
''Apa? Saya suruh awak tuang air paip tu keliling acuan tu. Bagi acuan tu cepat sejuk. Bukannya tuang dalam acuan!''
"OH. Padan la cair je jeli tu ye cikgu?''
Kawan saya yang masak macam kacang itu menjeling tajam. Pasti di dalam hatinya dia memanggil saya goblok.
Lain kali, kalau dah tau buat salah tu, senyap je lah. Jangan cuba nak mencari alasan yang entah apa-apa.

adoi!!!! ada jgak kawan aku yg mcm nie....nasib baik bukan aku ko nyer partner memasak tu....kalu tidak aku mmg akan paksa ko makan jugak jeli tu sampai habis depan seluruh kelas.....hahahaha
ReplyDeletedewee: sekarang dah pandai sikit...beli yang instant punya...cuma tambah air panas je heheheh :)
ReplyDelete