Tuesday, January 25, 2011

Jangan

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja saya singgah sebentar di stesen minyak yang terletak bersebelahan dengan hotel Mint (yang sebenarnya sudah bertukar nama tapi saya tidak ingat nama barunya)

Kedatangan saya telah disambut oleh seorang atendan pam yang sugguh ceria. Dia tersenyum dan bertanya khabar dan bersedia menolong saya meleret kad ke dalam mesin pam minyak dan mengisikan petrol ke dalam tangki kereta saya.

Beberapa ketika kemudian telefon bimbit saya yang terletak di atas dashboard kereta saya berbunyi. Saya masuk ke dalam kereta untuk menyimpan telefon.

-Kakkk! Jangan kak. Bahaya. Nanti meletup!
Saya pun meletakkan telefon bimbit saya kembali ke dalam beg tangan. Memang itulah pun apa yang saya hendak lakukan.

Beberapa saat selepas itu saya mendengar satu bunyi letupan yang sungguh berdesibel tinggi.
-PROOOTTTT!!

Saya pandang ke arah budak itu. Dia tersengih.
-Kau kentut ye? Kuatnya sampai ke Bangi tau orang semua boleh dengar!
-Sebab itulah saya cakap jangan jawab telepon akak tu. Nanti lagi cepat meletup tangki ni. Terlebih gas!

Saya pun terfikir: Budak ni dulu belajar kat MFI ke? Loyar buruk semacam je dengan aku? :))

Blogger Templates

4 comments:

  1. hahahaha.. lawakla.. nama hotel tu nouvelle hotel.. :)

    ReplyDelete
  2. hahahha, manyak suwey oooo pagi2 sudah dgr kentut

    ReplyDelete
  3. Attiesya: Yes yes betul! Nouvelle Hotel. Everytime I pass by it I grimace because of the grammar mistake. Sepatutnya Nouvel Hotel. :-))

    ReplyDelete
  4. Lin: Hehehehe nasib baik tak de bau. Buatnya yang macam jenis silent killer tu pengsan I :-))

    ReplyDelete