Semalam saya ke kedai alatulis untuk membeli sedikit, er, peralatan untuk menulis dan mengajar. Saya terus ke rak menjual kertas dan di tempat mesin fotokopi saya lihat ada dua pakcik sedang berborak sementara menunggu dokumen mereka difotokopi. Salah seorang daripada mereka merasa gembira dan bangga dengan anaknya yang akan meneruskan pelajarannya di luar negara, didalam bidang IT.
-Anak aku ni ha. Dapat sambung belajar dekat universiti kat luar negeri. Insyaallah tahun depan.
-Oh iye ke. Baguslah. Kat mana tu?
-Universiti tu dekat-dekat dengan Alaska.
-Ohhh. Tak jauh la. Senang la engkau.
-Eh. Apa pulak tak jauh? Mau dua hari baru sampai.
-Mana....empat jam je kalau naik bas.
-Anak aku tu dapat masuk univerisiti dekat-dekat dengan Alaska tu. Kat Amerika.
-Ohhh. Aku dengar Alor Setar.
Saya masih lagi tergelak seorang diri semasa sedang berjalan keluar menuju ke kerta saya setalah selesai membayar. :-)))

No comments:
Post a Comment