Thursday, January 26, 2012

Tragedi Kampung Liu

This morning the three botol kicaps who came to see yesterday paid me another visit. Saya sudah panik. Apa lagi Labu?

-Assalamualaikum madam.
-Waalaikumsalam.
-Kitaorang ingat nak tukar group la. Nak register French 1 dengan group lain.
-Oh I see.

Muka madame stoic. Kalau dalam citer cina tu macam muka makcik ketua keluarga terkaya di kampung yang berhadapan dengan anak perempuan yang baru ditangkap kerana cuba kahwin lari. Lelaki yang dicintai anak perempuan itu hanyalah seorang pembuat mee sanggul yang tidak layak menyentuh anak gadisnya yang hanya makan sup sarang burung walit setiap pagi pada jam 8 pagi sharp. Bila berada di dalam situasi sebegini, makcik matriarch perlu poised dan tenang walaupun serius dan di dalam kemarahan yang ekstrim. Lagipun cucuk sanggul atas kepala tu berat. Any sudden movements can cause severe neck injury. Anak gadis yang diheret untuk mengadapnya menggeletar ketakutan. Seluruh kampung tahu akan kehebatan kungfu ibunya. Apatah lagi pukulan Buddha Palmnya yang bisa membuat seseorang hilang akal selama tiga bulan.

-So you won't be in my class?
-No madam.

Madame ketua keluarga Wong pengedar tunggal minyak kayu putih di zaman dinasti Qing masih poker-face.

-OK then. If that's what you decide. All the best.
-Tapi in case tak best boleh masuk kelas madam tak?

Mata madam membesar dan meruncing ke atas. Lubang hidung madam kembang kempis menahan asap yang tak henti-henti keluar. Bila madam menyeringai sedikit nampak taring dan hembusan api.

-OK OK madam we go first.

Keadaan kembali reda dan pulih seperti sediakala di kampung Liu. Aura zen pantas menyelubungi kalbu, menerpa dan menerjah setiap ruang pernafasan makcik matriarch, yang menyambut berita gembira dengan tarian Melbourne shuffle diiringi muzik latar LMFAO.

Every day i'm shuffelin'...sheffelin'...shuffelin'...
Put your hands in the air y'all!!!
Link

1 comment:

  1. ala.... rugi lah! ingat kan boleh baca story how you torture them slowly but surely with the hembusan api dan asap yang keluar dari hidung tuuuu..... kejagungan tul la bebudak nihh!!

    ReplyDelete