Hari itu saya sibuk menanda kertas jawapan
peperiksaan para pelajar saya. Dalam kesibukan menanda tu lama kelamaan saya
rasa dunia sekeliling saya semakin kuning. Itu selalunya menandakan yang
bekalan oksigen ke otak semakin berkurangan. Saya pun bersandar untuk berehat
seketika.
Pintu ofis dibuka perlahan. Saya dengar derapan
kasut hitam berkilat ke arah kubikel saya. Saya buka mata sedikit. Benarkah apa
yang saya lihat?
Abang Tom Selleck di hadapanku! Memakai uniform
lengkap Police Commissioner of New York. Tapi yang penting misai tu ok. MISAI
tu.
-Hey I was just around the corner and thought I'd
drop by to say hi.
Saya hanya mampu ternganga dek kerana terlampau
terkedu dan terpesona dengan aura abang Tom. Hanya lirikan mata saya sahaja
yang mengekori setiap langkahnya semasa dia ke kotak tisu dan mengambil sehelai
tisu untuk diberikan kepada saya.
-Thank you. (itu sahaja lah yang dapat saya
ungkapkan sementara saya menggunakan tisu tersebut untuk mengelap air liur
berjejer)
-My pleasure. It's all in a day's work.
Dari kerusi saya, saya lihat ada kelibat
seseorang menyelinap masuk ke pejabat saya dan menyorok di belakang. Abang Tom
terus bercerita tentang hidupnya sebagai pesuruhjaya polis bla bla bla. Tapi
saya sudah tidak boleh fokus kepadanya. Si penyelinap mengeluarkan sepucuk
pistol Glock 17 9mm dan mengacukannya ke arah Tom/Commissioner Reagan/entahlah
aku pun dah keliru. Saya mengambil pendekatan drastik. Saya menjerit
"TOM!!!" dan cuba menolaknya ke tepi.
Saya buka mata. Rakan sekerja yang berada di
kubikel sebelah memandang saya.
-Madam mengigau ye.
-Iye.
Saya duduk tegak, cuba membuat sedikit senaman
regangan dan meneruskan penandaan kertas macam tiada apa-apa yang berlaku.
-Madam.
-Iye.
-Tom tu siapa?
-Kekasih lama.
-Oh.
Kah kah kah!
No comments:
Post a Comment