Pagi tadi saya terjaga lambat. Saya terlupa untuk memasang jam loceng seperti kebiasaan yang dilakukan. Pulaknya saya perlu menjaga peperiksaan pada pukul 9 pagi. Maka kecohlah saya bersiap-siap. Sampai tidak sempat bersarapan.
Di dalam kereta semasa memandu pun begitu juga. Entah kenapa perasaan gabra itu masih terasa.
Sedang saya sibuk membetulkan cermin kereta telefon bimbit saya terjatuh.
Sedang saya memandu itu jenuh meraba-raba lantai kereta. Setelah melepasi tol Kerinchi Link menuju ke Kuala Lumpur barulah kejumpaan.
Sedang saya menyusuri jalan turun ke Lebuhraya Persekutuan pula ternampak seorang abang polis sedang berdiri di tepi jalan.
Sedang dia berdiri memerhati kereta saya itulah dia ternampak saya memegang telefon bimbit saya.
Maka saya pun ditahan.
"Cik, masa memandu tak boleh pakai handphone."
Alamaaaakkk...cepat la...dah lambat ni...(kata saya di dalam hati; nak cakap kuat-kuat tak berani)
"Saya tak pakai. Saya pegang je."
"Mana ada orang bawak kereta pegang handphone. Mestilah nak pakai."
Ohhh tidaaakkk...perlukah abang polis ini beraksi diva di hadapanku di saat-saat genting ini!
Saya stres tahap gaban.
"Alah encik tu bawak pistol tapi ada ke bunuh orang tiap-tiap hari?"
Dia tenung saya dekat-dekat. Saya tengok bebola mata dia macam bebola api. Penuh berurat merah. Saya sedikit cemas. Sebab sangat tersembul. Kalau saya hulurkan tangan keluar tingkap kereta dan tepuk tengkuknya sekali-dua pasti bebola matanya akan tercampak keluar dari soket. Betul.
"Cuba Cik tengok betul-betul. Saya ada pistol ke tak?"
Oh là là. Macam salah je ayat tu. Tapi saya jeling jugak. Nanti kalau ingkar arahan pun boleh masuk lokap jugak kot.
DEYYEM. Abang polis tu takde sepetol!!
Apa barang abang polis naik moto besar takde pistol ni. Seperti jedi knight yang kehilangan light saber nya. Bukankah setiap seorang memiliki sepucuk? Kenapa masa saya ditahan masa itulah sepetolnya menghilangkan diri?
Kenapa? Konspirasi? Komplot? Kealpaan?
No comments:
Post a Comment