Thursday, February 11, 2010

Isi minyak

Pagi tadi saya singgah sekejap di stesen minyak berdekatan dengan rumah saya untuk mengisi minyak dan membeli air. Pada waktu itu masih awal pagi lagi, jadi hanya saya seorang sahaja pelanggan yang ada. Saya terus memandu masuk dan berhenti di pam minyak yang terletak paling berhampiran dengan kedainya.

Saya masuk ke dalam dan memberi wang nota RM50 kepada adik yang berada di kaunter pembayaran. Dia tanya saya "Berapa ringgit kak?". Saya jawab "RM50." Kemudian dia beritahu saya "Wah akak first customer hari ni." Saya hanya tersenyum. Dan selepas itu dia bertanya lagi "Kereta mana kak?"

Saya pandang ke luar. Hanya ada satu sahaja kereta. Iaitu kereta saya.

Saya pandang dia. Dia pandang saya.

Blogger Templates

6 comments:

  1. I think 10yrs ago I would probably be nasty and unfriendly answering the question. But as I am today, I would probably just laughed and gave the answer nicely. Dah tua dah.

    ReplyDelete
  2. kalau i kan.. i senyum.. pastu tanya balik kat dia with a sweet voice, ada nampak berapa keta kat luar tu?? (sambil kelip2 mata i) hehehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sham: hi! that was what i did. i just laughed and joked with him. weh "dah tua" tu cakap pelan-pelan sikit heheh.

    attiesya: kalau cakap macam tu mesti dia stres wo :D

    ReplyDelete
  5. Haha...
    Selalu sgt jd kt sy Mdm.

    Btw recognize me?

    ReplyDelete
  6. shamimi: hello there! of course i recognize you. and hey i visited your blog. it's so nice to know your hobby is diving. that's so interesting! :)

    ReplyDelete