Malam tadi tika beradu saya bermimpi berjalan ke kedai untuk membeli sebotol air Coke kerana berasa dahaga. Yang menghairankan walaupun perjalanan ke kedai itu amatlah jauhnya di dalam cuaca panas terik namun setibanya di sana saya hanya membeli satu botol air sahaja. Tanpa ais pulak tu. Dan saya membawa satu botol air tersebut pulang ke rumah.
Setibanya di rumah saya terus membuka botol air bergas itu kerana terasa hampir mati kehausan. Tetapi bila saya tuang ke dalam gelas, air yang keluar bukannya air Coke tetapi kicap. Alangkah kecewanya saya. Marah pun ya juga. Terbayang-bayang wajah taukeh kedai runcit yang tersengih ketika memulangkan duit baki. Selepas itu saya tidak ingat lagi apa yang saya mimpikan sehinggalah saya terjaga.
Pagi ini dalam perjalanan saya ke ofis saya tersilap masuk lorong bertiket untuk membayar tol walhal semasa memasuki lebuhraya saya telah menggunakan kad Touch n Go. Setibanya saya di tempat kerja pula saya tersilap masuk ke bangunan baru kerana memikirkan yang saya ada kelas pada jam 8 pagi di sana. Yang sebenarnya kelas saya adalah pada pukul 8.30 pagi sebentar nanti di bangunan lama.
Lantas saya teringat akan mimpi saya. Adakah ia satu petanda? Atau kebetulan? Atau bak kata Mama saya, "Itu dah salah kerob tu."

hehehe..jgn percaya mimpi weii.........mainan tdo jer :)
ReplyDeletecik PP , otak cik PP belum 'bangun' betul2 kot. cuba rilek kejap, konsentret, then baru buat keja.
ReplyDeletelupa nak btau, salah satu sumber ilmu adalah melalui mimpi juga. ;) think about it.
ReplyDeletekak mahani: memang tak percaya pun. kebetulan saja :)
ReplyDeletemas: betul tu, orang kata kalau kita tidur selama beberapa jam selepas mengulangkaji, otak kita akan dapat memproses fakta2 yang dibaca :)
hehehehehe
ReplyDeleteLelaki Autumn: wah suka awak sejak ada bunga baru di opis tu ye? :D
ReplyDeleteKak Itu baru lah dikatakan mimpi di siang hari...heheh..
ReplyDeleteexa_belle: heheh. mimpi mata terbukak :)
ReplyDeletehanya buat i mampu senyum meleret hingga kini hehehehe
ReplyDeletemimpi tu kadang ada means yg kita x leh nak tafsir ..
ReplyDeletedanishahumaira: you tau tak lin bila i tanya my mom makna kerob tu, rupa-rupanya perkataan tu datang dari "care of" yang disebut stail melayu heheh.
ReplyDeleteymn: betul tu bro. saya setuju. kadang-kadang minda separa sedar kita cuba memberitahu sesuatu.