Wednesday, March 17, 2010

Kami budak sekolah sains

Pada suatu hari kami di kelas Fizik. Makmal Fizik di sekolah kami di Kg Kongo terletak di hujung blok. Mengantuk sungguh rasanya untuk belajar. Kelas pada waktu tengahari memang sungguh tidak sesuai untuk belajar sains. Atau matematik. Atau bahasa asing. Atau apa-apa sahaja lah. Waktu tengahari hanya sesuai untuk mengisi perut yang lapar. Atau berbaring seketika untuk memejamkan mata. Atau bermain Facebook. Cuma pada masa itu masih belum ada Facebook. Tulisan di skrin komputer pun masih hijau. Cakera liut pula perlu diformat.

Mrs Selena Ooi sedang menerangkan apa ujikaji biasan cahaya yang perlu dilakukan. Suaranya yang nyaring itu kedengaran sayup-sayup. Mata hampir terpejam. Nasib baik dikejutkan rakan semeja. Kalau tidak mungkin saya sudah jatuh dari bangku kayu makmal yang tinggi itu.

-Oi Yati. Jom la cepat. Cikgu suruh ambik kanta tu.
-Kanta apa Cheque Noe?
-Kanta cekung.
-Nak ambik kat mana? Tak ada pun.
-Kat depan la kot. Ko dengar tak Cikgu cakap kat mana?
-Tak. Aku tertidur.
-Alamak. Aku pun. Habis tu camna ni Ti?
-Takpe takpe. Kita guna je spek aku. Kanta spek pun kanta cekung kan?
-Hmm. Okeylah.

Saya pun menanggalkan spek mata untuk digunakan di dalam ujikaji biasan cahaya. The spirit of MacGuyver sudah meresap ke dalam tubuh badan kami berdua. Tiba-tiba terasa seperti ada seseorang berdiri memerhatikan kami dari belakang. Oh. MacGuyver kah?

-Hoi! Apa yang korang buat ni hah! Lain yang aku suruh lain yang korang buat!!

Aisey. Bukan MacGuyver da. Rupanya kena jerit dengan Mrs Selena Ooi. Nyaring betul suara dia. Terus aku terjaga.


Blogger Templates

No comments:

Post a Comment