Sunday, May 9, 2010

I Love You Mama

Mak Uda saya ada bercerita pada saya, masa saya masih bayi, dia terpaksa memandikan saya berdua dengan Mama saya di dalam singki sebab saya seorang bayi sihat (makanya bersaiz besar).

Semasa saya berada di tadika di Kelang, setiap kali ada acara sukanika, Mama saya akan bersiap sedia membeli hadiah. Jika saya kalah di dalam acara yang saya sertai, saya tetap akan menerima hadiah seperti para pemenang yang lain.

Semasa saya berada di sekolah rendah, Mama saya sama-sama mewarnakan kerja-kerja lukisan dan menolong saya membuat kerja kraftangan yang selalu diberikan oleh guru kelas. Tanpa bantuannya, mungkin saya akan selalu mendapat kekejangan tangan menghabiskan kerja-kerja seni tersebut.

Semasa saya belajar di sebuah sekolah di Kg Kongo, Mama saya akan datang melawat saya setiap hujung minggu tanpa penat dan jemu. Setiap Ahad petang saya akan setia menunggu di tepi tingkap. Selagi ibubapa saya tidak sampai satu apa kerja pun tidak akan siap.

Semasa saya belajar di Perancis, Mama saya akan menelefon saya setiap hujung minggu. Katanya, ''Nanti kalau Mama tak telefon takut Along asyik tertunggu-tunggu. Kan macam tu perangai Along.'' Setiap kali saya pulang ke tanahair semasa cuti musim panas, Mama saya akan menyediakan segala rempah ratus yang saya perlukan untuk memasak di sana nanti. Ini termasuklah mengeringkan daun kari dan daun kesum di dalam ketuhar dan mempekkannya di dalam bekas plastik yang kecil-kecil.

Semasa saya mula bekerja di Bangi, saya tiada kenderaan untuk ke tempat kerja. Jadi di waktu pagi Papa saya akan menghantar saya ke ofis dan Mama saya akan mengambil saya pulang selepas kerja. Sehinggalah saya dapat menyewa sebuah rumah di Kajang bersama beberapa rakan yang lain.

Semasa saya mula-mula hendak memulakan perniagaan spa saya dengan dua orang rakan kongsi yang lain, Mama saya dengan tidak teragak-agak telah menghulurkan pertolongan dengan menyumbangkan berbagai-bagai barang hiasan dari rumah yang boleh saya gunakan sebagai penaik seri di Santai Suri. Dan setiap kali dia mengunjungi spa dia akan berkata ''Hmmm...feels at home lah.''

Today I would like to wish you a very Happy Mother's Day Mama. I love you so very much. Even when we went through difficult times, you were always there and showered us with your patience and understanding. Thank you for your guidance and support. Thank you for always being there for me. Thank you for your unconditional love. You are my Rock of Gibraltar. Without you I am nothing.

Mama jangan risau. I will take care of you for the rest of my life.

Blogger Templates

3 comments:

  1. Pendekata awak nie anak emak la ye ! Hmmm...

    ReplyDelete
  2. so sweet......you hv the mother's heart inside of you without you knowing it.....Happy mother's day to your mum :)

    ReplyDelete
  3. Reading this blog....gelak, gelak jugak. Menangis pun ada....that was sooo sweet! (*teary eyed*)

    ReplyDelete