-Piah, cepat la! Lambat nanti kita ni ha!
-Ye ye ye! Sabor la sikit kot iye pun. Aku ni dah tua. Jalan kena selow-selow.
-Aku dah tak boleh nak tunggu lagi ni Piah oi. Cepat kita sampai cepat aku boleh siapkan barang-barang aku.
-Idok menjadi hal nye. Nanti aku nolong le kamu. Apa masalahnya ha?
-Iye le aku tau la tu. Tapi kamu jangan lupe, si Latip Ponorogo tukang masak hotel tu pun masuk bertanding sekali. Aku kena sampai dulu. Nak perati bahan-bahan apa yang dia bawak untuk kek dia. Kita ngintip le sikit.
-Betul jugak Nab. Dan semenjak dua menjak dah keje hotel ni eksen benor jadinye. Bini dia pun apa kurangnya. Pakai henbeg tu dah pandai matching dengan kasut. Hmmmph! Meluat.
Dan mereka pun bergegas menuju ke dewan di mana pertandingan tahunan membuat kek Kampung Pasu Berkerak diadakan. Agak penat dan berpeluh dibakar panas mentari. Sejurus kemudian berderu kedengaran enjin kereta mewah melepasi mereka.
Kereta itu berhenti beberapa meter di hadapan. Kelihatan seorang lelaki memakai topi chef yang tinggi (topinya, bukan dia) keluar darinya. Tup! Pintu kereta ditutup kuat. Bunyinya kemas dan padat (kalau kereta mahal bila tutup pintu dia pun dengar macam mahal).
-Cepat la Bang! Saya dah lambat nak pegi facial ni. Abang dah keluarkan semua barang-barang kek dari but kereta?
-Rasanya sudah Yang. Nanti kejap abang check dulu.
-Heiiii tak payah tak payah. Abang ni buang masa saya je la!
Dan kereta mewah buatan Eropah itu terus memecut laju, meninggalkan Latip chef hotel terkemuka terkebil-kebil diselaputi asap dan debu tanah merah.
-Hai Latip! Dah siap ke semuanya? Konfiden ke kek ko yang paling sedap nanti?
(Ingat lagi kedua-dua makcik yang sedang terhegeh-hegeh berjalan di belakang kereta itu sebentar tadi?)
Kedua-dua wanita tersebut berpandangan sesama sendiri dan tergelak sinis. Si Piah mencebikkan bibirnya.
-Nab...Piah...sedap tu tak tau la nak kata kan. Selera masing-masing berbeza. Tapi kalau setakat dapat menang piala...kalau takde aral melintang...merasa la aku...
-Eleh..berlagak..jawa tak sedar diri...ha! Baik ko tengok betul-betul! Cukup ke tidak semua barang kau tu.
Latip membuat pemeriksaan visual dan mengira semua barang-barang yang ada di dalam kotak besar di hadapannya.
-Tepung ... mentega ... esen ... ceri buah ... gula ... kacang badam ... hmmm ... macam ada yang kurang pulak...
-Haa...kau periksa betul-betul Latip. Nanti tak pasal je kang...
-Ya Allah! Telur! Telur aku Nab! Dalam keta bini aku!
Moral of the story?
Kalau ada telur tapi bini yang pegang, tak usah lah nak cakap besar.
Have a nice weekend y'all! :)

No comments:
Post a Comment