Pagi tadi semasa sedang berjalan ke bilik pejabat saya telah dikejutkan dengan satu suara yang agak nyaring menegur saya dari belakang.
"Good moooorniiiing!!!"
Saya terkejut dan menoleh ke belakang. Kelihatan seorang makcik cleaner sedang menyapu sampah. Dan sambil itu tersenyum kepada saya.
"Good morning auntie. Wah! Auntie banyak happy pagi ni. Bunga pun banyak cantik cucuk kat sanggul. Warna oren."
Monolog dalam hati: "Hai kena pulak bunga tu dengan warna baju kurung aku hari ni."
"Ya...ini hari hati banyaaak suka. Amma."
Dan saya pun berlalu.
Tengahari tadi sekembalinya saya ke ofis dari rehat tengahari saya dikejutkan lagi dengan suara nyaring yang sama.
"Good mooorniiing!"
"Auntie! Ini sudah tengahari. Tak boleh cakap good morning lagi!"
"Saya apppa kira. Pagi ka, tengahari ka, petang ka, semua good morning juga. Itu saja saya tauu..."
Sesungguhnya saya amat kagum dengan tahap keyakinan dirinya yang tinggi.

No comments:
Post a Comment