Friday, March 19, 2010

Nama dia Roy

Semua orang panggil dia Roy. Macam nama penyanyi yang popular di tahun 80an tu. Zaman tu semua penyanyi lelaki ada lagu yang tajuknya nama seorang perempuan. Isabella, Ratna, Musliha. Semua band rock kapak ada lagu pasal perempuan.

Roy tak suka namanya. Dia rasa nama Roy tak rock. Macam nama playboy katanya. Di tempat kerja dia selalu jadi bahan ejekan. Dia pun sampai naik malas nak berkawan dengan sesiapa di ofis. Cuma ada seorang sahaja yang sudi nak menemannya pergi makan sekali-sekala. Karim nama teman makannya itu.

Dan pagi itu mereka berdua bersarapan di kedai mamak di seberang jalan berhadapan ofis mereka. Roy makan apom manis. Karim pula seleranya ke arah roti canai.

-Aku rasa orang dah silap bagi nama kat kau la Roy.
-Kenapa?
-Ya lah. Kau pendek. Pakai spek. Gemuk pulak tu. Patutnya orang panggil kau Bob. Heheheheh. Barulah ngam. Panggil Boooobbb!! Heheheheheh.

Lama jugalah Karim mengekek terhibur dengan lawak 5 sen dia tu.
Dan lama juga Roy memerhatikan orang lalu-lalang depan kedai mamak itu.

Setelah selesai misi skodeng, Roy memandang ke arah kawannya.

-Sedap roti canai kau tu Karim?
-Fuh. Memang tak boleh lawan. Dia punya rangup tu sampai bila dah cicah kuah dhal pun masih terasa lagi.

Angguk angguk angguk.

-Hmm. Kau rasa lah kan Karim, agak-agaknya dalam satu hari berapa banyak mamak ni dapat jual roti canai dia ek?
-Huih! Paling kurang pun mesti 200 keping. Cuba kau tengok keliling kau. Semua orang makan roti canai. Engkau je kampung. Makan apom manis.

Angguk angguk angguk.

-Kau nak tau tak satu benda Karim?
-Apa?
-Kau tau tak macamana mamak ni uli doh roti canai untuk 200 orang?
-Entah. Manalah aku tau.
-Dia orang guna kakiiiiiii! Heheheheh.

Keesokan harinya dan hari-hari yang seterusnya Roy pergi makan bersendirian. Tiada siapa lagi mahu berkawan dengannya. Apatah lagi menemannya makan.

Blogger Templates

2 comments:

  1. Women wif long legs r sexy ;-)

    ReplyDelete
  2. pena hati: why thank you. that's a nice thing to say :)

    ReplyDelete