Friday, April 15, 2011

Minggu peperiksaan di sekolah

Berpuluh-puluh tahun yang lalu semasa saya bersekolah di Kg Konggo, waktu yang paling digeruni adalah pada waktu peperiksaan. Waktu nombor dua paling digeruni adalah masa terjaga malam untuk buang air kecil. Seram nak berjalan ke tandas di hujung koridor. Jangan main-main hantu kat Kampung Konggo ada banyak buat efek bunyi. Kadang-kadang dia buat bunyi seret selipar, kadang-kadang dia buat bunyi seret rantai besi. Kadang-kadang dia buat bunyi kuda (itu hantu sekolah menengah teknik kat sebelah pagar sekolah kami).

Masa tu konsep toyol masih lagi belum dipraktikkan secara berleluasa, atau saya je yang mungkin terlalu poyo.

Semasa minggu peperiksaan juga, semua pasangan-pasangan romantika de amora yang cinta mereka diduga dan menghampiri keruntuhan akan "put on hold" segala rancangan yang akan membawa kepada tragedi "kasih tak sampai ke penghujung". Alasan yang diberi? "Abang tak boleh la kalau kita break sekarang ni. Nanti takleh konsentret."

Hampeh.

Saya masih ingat lagi ada satu ketika semasa sedang menduduki peperiksaan akhir penggal, kawan saya yang duduk di sebelah saya cuba memanggil saya. Cikgu yang menjaga pulak cikgu yang paling garang. Hati saya berbelah bahagi. Kalau tak layan nanti dia merajuk taknak belanja saya nasi daging kicap lagi. Tapi kalau saya tolong dia dan kena tangkap, menjawab saya nanti.

-Psssttt. Yati! (nada berbisik walapun ada tanda seru)
-Psssttt...
-Apa?
-Ko ada tak?
-Gila ko. Kantoi nanti tak pasal.

-Syyyhhh!!!! Nurhayati!

Errkk. Cikgu sudah bagi amaran pertama.

Beberapa minit kemudian.

-Psstt..
-Apehal ko ni? (Naik juling mata saya. Mata kanan pandang kawan saya. Mata kiri tengok-tengokkan cikgu yang menjaga peperiksaan.)
-Ko ada tak?
-Ader aperrr......
-Minyak cap kapak.

Saya terlupa. Kawan saya yang duduk sebelah saya ni suka hidu minyak cap kapak. Itu mungkin satu alternatif yang lebih sihat dari menghidu gam dan tidak menyalahi undang-undang.

Pengajaran dari cerita ini?
Jangan buruk sangka.

Thursday, April 14, 2011

SMS

This morning I received an sms from one of my students that read "Bonjour madame sekarang ada jual2 souvenir ni utk lecturer. Madame nak tak todibear?"

As I was trying to type out my reply to him I got another sms.

"Sori madame tadebear."

Kecik hati madame. Dari todi langsung takde :-)))

Wednesday, April 13, 2011

Kucing main telefon

A few days ago one of my cats got hold of my hand phone, played with it, and plonked himself right on top of it, his fat tummy covering it and went to sleep. He didn't even budge when the phone rang and vibrated as I tried calling my number. Malah dia cuba menggigit jari saya tatkala percubaan menyeluk tangan ke bawah perutnya dilakukan dalam misi menyelamat telefon bimbit saya.

As a result of Hitam's playfulness, quite a number of my friends called me up to ask why I called them several times. And I had to repeat the same story over and over again.

This morning, as I was getting prepared for work, my phone rang. I didn't recognize the number. Usually it would be one of my students.

-Hello?
-Hello? Ini nombor siapa? You ada telefon?
-Sorry, salah nombor.

I couldn't possibly explain to a complete stranger that my black cat sudah buat hal.

-Nanti, nanti. Ini siapa?
-Salah nombor ni. Sorry.
-Ohhh. Adik manisss. Sudah kawin ka?

Damn. How many million handphone users are there in Malaysia? And how many of them are available Malaysian bachelors within the 40-45 year old range? So why is it that my fat cat would have to accidently dial the number of a Bangladeshi then?

Can someone please explain this to me? I'm in the dark.

No pun intended.