Wednesday, May 5, 2010

Sambutan epi besday tidak semestinya ada pecah telur dan baling tepung

Semasa saya berada di sekolah asrama di Kg Kongo dulu, sambutan hari lahir selalunya diadakan bersama rakan-rakan sekelas atau sebilik asrama atau yang sewaktu dengannya. That was I think one of the highlight moments of my life at school, apart from being in the committee for Nancy Reagan's visit to the sekolah when I was in form 1. Saya bercakap yang benar ni. The First Lady of the US did come to visit us at school one fine day. In 1983. She came into our class and talked to us. That was the only time I went to class wearing my Girl Guide uniform (yang berwarna biru kenilaan dan bukan pink). I was quite in awe when she said hello to me. She was petite and looked so fragile. But her hair was BIG.

Pada hari lahir saya yang ke 17, kawan-kawan saya telah merancang satu majlis sambutan secara kecil-kecilan di dalam dorm. Makanan dibeli dari kantin. Kek pula bukanlah kek yang ada icing. Cuma sponge roll sahaja (atau lebih dikenali sebagai bahulu gulung di dalam kelas SRT bersama Puan Noraini). Tetapi kami happy dengan apa yang ada. Selesai acara makan-makan dan gelak-gelak dan nyanyian lagu birthday disusuli tepukan horey salah seorang dari kawan-kawan saya mencadangkan kami melakukan sesuatu yang lebih ''adventurous'' lah kononnya. Jam dinding pada waktu itu menunjukkan sudah tengah malam. Jam tangan saya pula menunjukkan hampir 11.48, kerana waktu di jam dinding tidak disynchronizekan langsung dengan waktu di jam tangan. Padan la bila aku balik semula ke kelas lepas recess pagi yang lain tak ada lagi (macam bagus).

Kawan saya mencadangkan kami melakukan sesuatu yang boleh menakutkan para pelajar lain, terutama sekali pelajar lelaki di blok asrama putera di seberang sana. Dia cakap, ''Eh korang jom kita buat-buat macam hantu pastu pegi takutkan bebudak lelaki nak?''

Jadi kami pun pakailah telekung beramai-ramai dan tepek bedak tebal-tebal di muka dan berjalan ke hujung blok asrama. Di sana kami membuat bunyi-bunyi hilai tawa berfrekuensi tinggi sambil mengangkat dan melambaikan tangan. Budak yang di belakang sekali ditugaskan menjadi look-out untuk memastikan cikgu warden tidak berada di dalam kawasan operasi.

Kami meneruskan gaya-gaya ghostly dan bunyi-bunyi mengilai. Dan kami merasakan yang kami telah membuat lakonan yang sungguh worthy of an Oscar nomination. Sehinggalah kedengaran satu jeritan dari asrama putera.

''Hoi Panjang. Itu engkau kan?''

Leceh betul la. Operasi pun dibatalkan. Dan kami berjalan semula ke dorm. Masuk bilik. Tidur.

Blogger Templates

4 comments:

  1. oh... shoot..!!!

    ReplyDelete
  2. happy birthday again!! hehehe.. saje je wish banyak2 kali.. tp idea jd hantu dan dapat dibongkar tu lawak.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. abg majdi: itu je la hiburan yg ada di hujung minggu :D

    attiesya: call la kitaorg beb. boleh gi makan2, nyanyi2, gelak2 :D

    ReplyDelete