Saturday, June 2, 2012

Never answer a call from an unknown number

This afternoon while dozing off for a short siesta I received a call from an unknown number. Di dalam keadaan separa sedar saya menjawab panggilan tersebut, something that I rarely do if it's an unknown or blocked number. It was a man's voice at the other end, gruff and intimidating. 

-HELLO! Itu Parr Deegam mana?
-Siapa? (I was still resurfacing to total consciousness)
-Parr Deegam!
-Hah? Siapa?
-PARR DEEGAM! PARR DEEGAM! Mana?
-Mana saya tau? Lu tanya la dia!
-Itu Mall la. Kelana Jaya sana.
-OH. PARADIGM MALL. (by this time I was already taking part in the shouting contest)
-SAMA LA. EYY INI BUKAN ANITA KA.
-BUKAN. 
-INI SAPA!
-NENEK ANITA!
-Oh. Kirja satu ofis ka?

PODA!!

Friday, May 25, 2012

Menanda. Kemengantukan. Ketiduran.


Hari itu saya sibuk menanda kertas jawapan peperiksaan para pelajar saya. Dalam kesibukan menanda tu lama kelamaan saya rasa dunia sekeliling saya semakin kuning. Itu selalunya menandakan yang bekalan oksigen ke otak semakin berkurangan. Saya pun bersandar untuk berehat seketika.

Pintu ofis dibuka perlahan. Saya dengar derapan kasut hitam berkilat ke arah kubikel saya. Saya buka mata sedikit. Benarkah apa yang saya lihat?

Abang Tom Selleck di hadapanku! Memakai uniform lengkap Police Commissioner of New York. Tapi yang penting misai tu ok. MISAI tu.

-Hey I was just around the corner and thought I'd drop by to say hi.

Saya hanya mampu ternganga dek kerana terlampau terkedu dan terpesona dengan aura abang Tom. Hanya lirikan mata saya sahaja yang mengekori setiap langkahnya semasa dia ke kotak tisu dan mengambil sehelai tisu untuk diberikan kepada saya.

-Thank you. (itu sahaja lah yang dapat saya ungkapkan sementara saya menggunakan tisu tersebut untuk mengelap air liur berjejer)

-My pleasure. It's all in a day's work.

Dari kerusi saya, saya lihat ada kelibat seseorang menyelinap masuk ke pejabat saya dan menyorok di belakang. Abang Tom terus bercerita tentang hidupnya sebagai pesuruhjaya polis bla bla bla. Tapi saya sudah tidak boleh fokus kepadanya. Si penyelinap mengeluarkan sepucuk pistol Glock 17 9mm dan mengacukannya ke arah Tom/Commissioner Reagan/entahlah aku pun dah keliru. Saya mengambil pendekatan drastik. Saya menjerit "TOM!!!" dan cuba menolaknya ke tepi.

Saya buka mata. Rakan sekerja yang berada di kubikel sebelah memandang saya.

-Madam mengigau ye.
-Iye.

Saya duduk tegak, cuba membuat sedikit senaman regangan dan meneruskan penandaan kertas macam tiada apa-apa yang berlaku.

-Madam.
-Iye.
-Tom tu siapa?
-Kekasih lama.
-Oh.

Kah kah kah!


Friday, May 18, 2012

Perbualan bersama makcik cleaner di MFI

Pagi tadi saya terserempak dengan seorang makcik cleaner di dalam tandas. Sementara saya sedang mencuci mug saya, dia berdiri di sebelah untuk berbual sambil melakukan aktiviti perisikan.

-Good morning cikgu!
-Good morning auntie!
-Itu semalam siapa tu cikgu? Yang keluar makan dengan cikgu?
-Ohhh...itu bekas anak murid saya. 
-Wo. Saya ingat kawan. Cikgu belum kalianam lagi ka?
-Belum la auntie. Tak ada lelaki mau kalianam sama saya. Tak mau keluar sama saya. Saya banyak tinggi la auntie.
-Wo. Itu macam ka. Itu tada berani punya worang.
-Ye la auntie. Orang putih kata no guts.
-Apa itu gut? Itu potong juga ka?
-Itu cut la auntie. Ini guts. Guts. Tada berani.
-Wo...itu tada tulurrr punya worang la cikgu!

So:
No guts=tada tulurr

Those are the wise words of our auntie cleaner at MFI.

Tuesday, May 15, 2012

A little poem for you my students



Yati the Paranoid Teacher

I am Yati the Paranoid Teacher
Who's always the tallest one ever
Students look at me
Their eyes fill with glee
And ask "Oh Madame! How's the weather?"

They come to me when I say shoo!
To speak a word of French or two
They greet me "Bonjour!"
"Madame how are you?"
"Are you taller than the ostrich in the zoo?"

The naughty intent in the greeting
Got me lil mushy brains a-thinking
Their stomach will curl
Into a knot as they hurl,
"Madame! Spit out the one you are eating!"


Heheheh no laaaa...you know I love all of you...my students are my constant source of amusement and wonder!

Anyway Happy Teacher's Day to all you educators out there!

Monday, May 14, 2012

Introduction to dance

The other day I hung out with my niece in the bedroom. We talked about stuff and the subject of dance came up. I told her I was going to a Zumba fitness workshop. Dia tanya apa tu? Mak Long cakap itu gabungan bermacam-macam jenis tarian latin. Oooo dia jawab. Latin tu apa Mak Long?

Maka bermulalah Introduction to Latin dance 101.

Then she told me she too liked to dance. She asked me to look away while she prepared her dance steps to show me. Selepas beberapa minit dia pun mempersembahkan sebuah tarian yang tidak dapat saya kenalpasti asal-usulnya dan dari genre apa kerana ia agak...pelik. Jadi saya tanya dia.

-Aina ini apa jenis joget ni? Takde muzik pun?
-Oh tak payah pakai muzik Mak Long. Nari je.
-Ohhh. What is it called?
-A chess dance.
-You mean a jazz dance?
-No. A chess dance.
-Tarian apa tu?
-Oh you dance the chess dance when your friend is playing chess. Untuk sokong dia. But you have to keep quiet when they play chess. So that's why there is no music.

Mak Long melopong.

-Ooohhhh. In that case we should have a Snake and Ladder dance as well. Untuk sokong kawan-kawan kita yang tengah main Snake and Ladder. Haaa yang ini boleh ada muzik sebab tak payah senyap-senyap!

-Tsk tsk tsk...(budak bertuah ni men-tsk tsk-kan aku)...of course I won't be doing the Snake and Ladder dance. I'd be too busy playing the game! So YOU have to do the dance to cheer me on!

Dang. Mana pulak aku nak cari snake suit ni. Dan cari pemain seruling juga. Any ideas?

Thursday, May 10, 2012

Terlambat bangun pagi

Pagi tadi saya terjaga lambat. Saya terlupa untuk memasang jam loceng seperti kebiasaan yang dilakukan. Pulaknya saya perlu menjaga peperiksaan pada pukul 9 pagi. Maka kecohlah saya bersiap-siap. Sampai tidak sempat bersarapan.

Di dalam kereta semasa memandu pun begitu juga. Entah kenapa perasaan gabra itu masih terasa.

Sedang saya sibuk membetulkan cermin kereta telefon bimbit saya terjatuh.

Sedang saya memandu itu jenuh meraba-raba lantai kereta. Setelah melepasi tol Kerinchi Link menuju ke Kuala Lumpur barulah kejumpaan.

Sedang saya menyusuri jalan turun ke Lebuhraya Persekutuan pula ternampak seorang abang polis sedang berdiri di tepi jalan.

Sedang dia berdiri memerhati kereta saya itulah dia ternampak saya memegang telefon bimbit saya.

Maka saya pun ditahan.

"Cik, masa memandu tak boleh pakai handphone."

Alamaaaakkk...cepat la...dah lambat ni...(kata saya di dalam hati; nak cakap kuat-kuat tak berani)

"Saya tak pakai. Saya pegang je."
"Mana ada orang bawak kereta pegang handphone. Mestilah nak pakai."

Ohhh tidaaakkk...perlukah abang polis ini beraksi diva di hadapanku di saat-saat genting ini!
Saya stres tahap gaban.

"Alah encik tu bawak pistol tapi ada ke bunuh orang tiap-tiap hari?"

Dia tenung saya dekat-dekat. Saya tengok bebola mata dia macam bebola api. Penuh berurat merah. Saya sedikit cemas. Sebab sangat tersembul. Kalau saya hulurkan tangan keluar tingkap kereta dan tepuk  tengkuknya sekali-dua pasti bebola matanya akan tercampak keluar dari soket. Betul.

"Cuba Cik tengok betul-betul. Saya ada pistol ke tak?"

Oh là là. Macam salah je ayat tu. Tapi saya jeling jugak. Nanti kalau ingkar arahan pun boleh masuk lokap jugak kot.

DEYYEM. Abang polis tu takde sepetol!!

Apa barang abang polis naik moto besar takde pistol ni. Seperti jedi knight yang kehilangan light saber nya. Bukankah setiap seorang memiliki sepucuk? Kenapa masa saya ditahan masa itulah sepetolnya menghilangkan diri?

Kenapa? Konspirasi? Komplot? Kealpaan?

Thursday, May 3, 2012

Past years' questions

This morning I received an sms asking about past year questions. The conversation is as follows:

-Bonjour madame. Can you give me old questions for French?
-You can consult the past years' questions at the resource centre.
-Merci madame. I afraid I get badder marks than my test.
-The comparative for bad is not badder.
-Nak buat apa compare madame?
-Ok. Example: the comparative for big is bigger.
-Oh. Jadi better la ye madame?
-No.

...a few minutes later I received the last sms...

"Takkan bagger kot madame?"