Thursday, February 18, 2010

Klisenya adalah "Ala orang perempuan kalau bawa kereta itulah jadinya"

Pagi tadi selepas bersarapan dan ber bai-bai bersama ibubapa dan kucing-kucing saya (selalunya mereka akan menyorok di balik langsir di pintu gelongsor kaca) saya keluar rumah dan memasuki kereta. Saya hidupkan enjin. Ada bunyi yang sungguh kuat dan berdesing yang kedengaran. Hmm. Ini bunyi air-cond belt. Saya tunggu lama sedikit, manalah tahu kalau dibiarkan berputar sebentar mungkin pergerakan tali sawat penghawa dingin itu akan lebih lancar. Namun tidak berhasil. Bunyi bingit tetap ada.

Buntu sekejap fikiran. Selama beberapa minit saya hanya mampu duduk dan memandang ke luar dengan pandangan kosong. Lagak gaya seperti orang yang baru putus cinta. Tapi sebenarnya hanya putus akal memikirkan apa yang patut dilakukan.

Hawa dingin mula memenuhi ruang dalam kereta. Saya terpandang ke arah radio dan teringat yang ianya belum dipasang lagi. Lagu pertama yang berkumandang adalah lagu Beyoncé kesukaan saya. Saya kuatkan bunyi radio. Susah nak nyanyikan lagu ini. Pernah saya cuba menyanyikannya semasa berkaraoke bersama kawan-kawan tapi kesudahannya semput dada.

Bunyi aircond belt tidak kedengaran lagi. Saya senyum, lepaskan brek dan memulakan perjalanan ke tempat kerja dengan hati yang lega. Senang saja rupanya nak mengatasi masalah bunyi tadi.

Cuma tadi ada pemandu kereta di kiri-kanan saya saya yang memandang ke kereta saya semasa berhenti di lampu trafik. Dan sekali-sekala ada penunggang motosikal yang menunjuk ke arah enjin kereta saya.

Blogger Templates

3 comments:

  1. lain kali spray nga WD40, xpon ado spesis spray tuk belting n screw..spray kt bearing die..nt ok le..sumtime..belt tu dh keras(kena tukar mayb) or ketat sgt..ehehe..pengalaman bwk keter n blaja nga pomen..tue psl bl g sebis keter pomen naik tensen..coz ct suka tanya mcm2..ahha.bowing je rk muka die nk wat keje byk terbantut dr buat hehee...

    ReplyDelete
  2. citiss: masa next service ni memang nak kena tukar timing belt dengan aircond belt pun :)

    ReplyDelete
  3. amboi..

    aware la sikit.. kalau sorg persorang tegur.. mau xmalu huhu

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete