Wednesday, March 3, 2010

Friends forever

Manickam mengosok matanya berkali-kali. Dia masih tidak percaya apa yang dilihatnya. Mungkin ada silap. Dia menanggalkan cermin mata dan dilapnya dengan hujung tshirt birunya. Isterinya selalu menegur perbuatannya itu. Katanya takut baju cepat kotor dan lensa cermin mata tercalar.

75. Itulah nombor keramat yang dicari. Sekarang masih 98.

Aku menepuk bahunya perlahan-lahan dari belakang. Apa lagi yang hendak dikatakan? Kepala ini sudah naik buntu.

"Aiyo, friend. What to do la? Sudah banyak bulan saya cuba. Turun sikit saja."

Jelas terpancar kekecewaan di wajahnya. Berkerut-kerut dahinya cuba menahan sebak di dada. Aku kenal benar perangai rakan baikku ini. Persahabatan bermula di bangku sekolah lagi, sejak kami digandingkan bersama buat pertama kali di dalam pementasan drama untuk kelab Bahasa Inggeris. Dua-dua cuba merebut watak utama. Sebagai Batman.

"Jangan putus asa. Kita cuba lagi. Entah-entah mesin penimbang ni rosak. Bacaannya mungkin sudah lari."

"Mana ada rosak Johari. My wife baru beli semalam. Ada offer beli satu dapat satu air kotak free."

Aku cuba memikirkan apa relevannya hadiah percuma air kotak dengan ketepatan bacaan mesin penimbang itu tapi ku diamkan sahaja.

"Itulah. Ini semua you punya pasal. Lepas treadmill saja, you ajak saya pergi teh tarik la, roti bom la. Sekarang tengok? Bila saya kata tak boleh saya mahu kurus you cakap nooo laaa ini one time sajaaa. Hah apa sudah jadi?"

Eh, aku pula yang kena bom.

"Don't worry la friend. Kita set a new target okay? Esok kita pergi jumpa Personal Trainer di gym kita tu. Kita buat exercise program yang baru."

Tapi aku tahu aku perlu melakukan lebih dari itu untuk menyakinkannya. Aku tahu. Aku kawan karibnya.

Dan hanya Johari yang mengenal Manickam.

Blogger Templates

2 comments: