Friday, April 2, 2010

Sebut betul betul dik

Dulu semasa saya baru memasuki tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama penuh di Kg Kongo, kami para "freshie" (panggilan dulu) atau "budak poyo" (panggilan sekarang) memang cukup takut jikalau terpaksa lalu di hadapan atau berhadapan dengan abang-abang tingkatan 5. Bukannya apa, rasa gentar bila disoal-siasat tu agak menebal.

Ucapan kepada abang senior bila berjumpa mereka:
-Assalamualaikum bang.

Jawapan yang selalu diberikan mereka kepada kami adik toye:
-Apa kumbang kumbang?

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat dari perbincangan separa akademik tetapi tiada unsur ilmiah ini? Sebutan yang betul itu perlu supaya sebarang kekeliruan dapat diatasi. Sekarang setelah berbelas tahun menjadi guru bahasa asing saya amat peka dengan sebutan, intonasi dan gaya bahasa yang dipertuturkan seseorang.

Baru-baru ini semasa di dalam kelas kami telah mempelajari tentang perkataan-perkataan yang berkenaan dengan kenderaan. Di kelas kami membaca sebuah dialog yang menceritakan tentang seorang lelaki yang bekerja di sebuah agensi pelancongan yang menyarankan agar pasangan yang mahu melawat Ile de la Réunion menaiki helikopter untuk melawat kawasan gunung-ganang di tengah-tengah pulau tersebut.

Setelah mendengar rakaman dialog itu di radio, saya menyuruh setiap seorang pelajar membaca sebaris dua ayat.

Bila tiba giliran seorang pelajar ini (yang saya akan rahsiakan identiti sebenarnya) ayat yang harus dibacanya berbunyi seperti berikut:

Oui, vous visitez le centre de l'île en hélicoptère.
(Yes, you will visit the center of the island by helicopter.)

Si pelajar merenung ke arah saya.
-Madamng nok sayo baco ko nih?
(Madame nak saya baca ke ni?)
-Yes please.
-Owhhh...guano nyebuknya nih...gajoh pung mapuh...
(Hai. Bagaimana hendak saya sebutkan yang ini. Susah betul.)
-Why don't you just try?
-Nok cubo tapi perkatae tu dok leh tubik. Malu nok nyebuk Madamng.
(Saya nak cuba tetapi perkataan itu tidak dapat saya keluarkan. Malu saya hendak menyebutnya Madame.)
-(kehairanan) Eh? Which word is that?
-Tu hok helikote helikote tuh.

Kalar dok sebuk lagu tu, meme le gajoh pung mapuh!

Blogger Templates

7 comments:

  1. madame nk menaip pn ssh nie...
    sebab menahan gelak...

    ReplyDelete
  2. ct: heheh. tapi masa dalam kelas aritu saya terus tergelak sebab tak boleh tahan lagi dah :)

    momo: you know every semester mesti ada joke2 sebegini :)

    ReplyDelete
  3. helikote...ha ha ha ha...
    **sorry, I just hadta write it Auntie Yati!**

    ReplyDelete
  4. zaza: heheh. you naughty girl you *spank* :D

    ReplyDelete
  5. Yati....you know you can make millions just by having a live camera in your classroom? This is the MFI's version of "Mind your language!"

    ReplyDelete
  6. Jo: kalau depa tahu ada live camera they'll just zip up! :)

    ReplyDelete