Thursday, November 4, 2010

Good luck for your exams

Minggu hadapan para pelajar di institut di mana saya berkhidmat akan menjalani peperiksaan akhir semester. Selama dua minggu mereka akan mencurahkan segala hasil tenaga dan usaha selama satu semester semasa di dalam kelas atau bengkel atau makmal di atas beberapa keping kertas.

Kertas jawapan yang pada mulanya kosong akan diisi dengan fakta-fakta bernas yang dipelajari. Mungkin juga diselitkan beberapa kata-kata rayuan meminta jasabaik pensyarah memberi sedikit belas kasihan. Dan selalunya disudahi dengan lukisan smiley besar.

Oleh yang demikian saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat mengambil peperiksaan semester kepada semua pelajar saya. Saya juga berharap awak semua diberi ketetapan hati dan dapat menjawab semua soalan yang diberi dengan tenang dan teliti. Gunakanlah masa yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Segala apa yang dilakukan di dalam dewan peperiksaan itu haruslah dengan penuh keikhlasan, menggunakan usaha sendiri, tanpa khidmat bantuan luar seperti pertolongan makhluk berupa jin dan toyol.

Akhir kata, Bonne Chance à vous tous!

Blogger Templates

No comments:

Post a Comment